Thursday 31 December 2015
Present
My 3 Awesome mini barbie doll
Wednesday 30 December 2015
Menabung...
Selamat malam semua... N3 saya hari ni berkaitan dengan idea menabung...Saja nak share macam mana cara sya menabung untuk family saya... Simple je...Saya kumpulkan duit rm 5 dalam tin warna hijau..rm 20 dalam tin warna oren... rm 100 dalam tin warna purple..tabung untuk anak2 sya letak RM 1 tabung duit syiling pula sya agihkan 10 sen 20 sen 50 sen...lastly tabung family trip...ha ni yang best sangat... tabung ni utk me and my family travel satu semenanjung bulan may 2017... for 2016 maybe our family trip tpaksa ditangguhkan sebab nak tambah rakyat... hehe hopefully everything berjalan dengan lancar... so here is a pic of my tabung....
Monday 28 December 2015
Sunday 27 December 2015
Biskut makmur
Hello everyone... Yea im back again... Merry christmas to all... Actually hari ni is my last day cuti...so dah balik ke sibujaya. Baru beberapa jam aku dah rindu ngan anak2 ku. Miss my children.. Well hari ni sya nak kongsi resepi salah satu biskut yang wajib sya buat time perayaan krismas dan gawai... here it is... BISKUT MAKMUR... Jumlah keseluruhan yang dapat dibuat dengan adunan ini lebih kurang 150 biji... Here is the bahan2...
850 gm tepung gandum (goreng tanpa minyak)
400 gm minyak sapi (sya guna gheeblend)
2 biji telur
Caranya senang jak...pukul telur dan minyak sapi hingga sebati...kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit... gaul sampai jadi doh...Setelah itu ambil sedikit adunan dan bulatkan. Letak di atas loyang dan bakar pada suhu 175 selama 15 -20 minit. Setelah siap...sejukkan dan goles atas gula halus.Letak dalam papercup dan simpan dalam bekas kedap udara... Tadaaaa siap.
Selamat mencuba...
Thursday 17 December 2015
Biskut Badam
17 Dec 2015
Halloo everyone...Tinggal lagi seminggu penganut agama kristian akan menyambut perayaan hari krismas... Sudah semestinya ramai yang sedang membuat persiapan... Begitu juga dengan sya... Resepi biskut sya untuk hari ni adalah...BISKUT BADAM... Tak pernah cuba untuk buat biskut ni... Ini adalah percubaan pertama saya... Mesti ramai yang nak tahu bahan2 untuk buat biskut ni kan... Tunggu apa lagi..sediakan pen dan kertas... SALIN....
BISKUT BADAM
Bahan2
1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
110 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar
Bahan hiasan
Kuning telur
Hirisan badam
*saya gantikan hirisan badam dengan colour ball
Cara2nya
- putarkan mentega dengan gula hingga kembang
-masukkan telur,tepung gandum,tepung jagung dan badam kisar.
-kemudian uli rata hingga menjadi doh
-canai dah terap bulat atau sebarang bentuk
-sapu kuning telur dan hiaskan dengan colour ball atau hirisan badam
-bakar dalam ketuhar pada suhu 180 selama 15 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA....
Monday 14 December 2015
Sarawak beads craft...
Wooowww... Beads lagi... Kali ni tempahan dari sorang kawan... katanya nak digantung dalam kereta... biru dan putih kombinasi yang sangat cantik... kepada peminat warna biru dan putih mungkin ini akan buat anda terpesona... Pattern kali ni agak complicated...sebab sya selitkan burung kenyalang... ambik masa 4 hari nak siapkan tempahan ni... Bila dah siap macam sayang pulak nak pass over kat kawan... Hopefully tuan punya manik ni berpuas hati... Saya belanja beberapa gambar sepanjang proses pembikinan manik hiasan ini...
Wednesday 9 December 2015
R.O.Z.S.A
11 November 2006 aku sah ditunangkan dengan Mr Hubby ku... dan pada 11 Januari 2007 aku 100% sah jadi milik Mr Hubby.. tidak pernah mengenali antara satu sama lain... tak pernah bercinta... dan tak pernah ada istilah kekasih dan dating... akhirnya aku sah jadi miliknya... Mungkin inilah yang dikatakan jodoh... Siapa sangka orang yang tak pernah aku kenali akhirnya menjadi insan yang tersangat istimewa dalam hidupku... hasil perkahwinan ini..kami dikurniakan sepasang cahaya mata... Tuhan merencanakan setiap perjalanan hidupku dengan baik...ada pahit ada manis...ada suka dan ada duka...tapi syukur kami dapat lalui semuanya dengan tabah... Kami bersyukur dengan rezeki yang kami ada sekarang.. Tiada yang lebih indah melainkan memiliki keluarga yang bahagia... Terima kasih buat suamiku kerana bersabar dan menerima aku seadanya... banyak kekurangan tapi syukur aku ada suami yang sering membimbingku... thanks mr hubby... Semoga kita berkekalan hingga ke akhir hayat... Mmy sayang ddy...
Rh Tuan,Sg Bunau
Ini adalah salah satu kawasan di bawah jagaan pasukan Flying doctor service sibu... Selama bertahun-tahun saya berkhidmat untuk penduduk kampung di sini baru.. baru beberapa tahun yang lepas saya mengetahui mereka adalah relatives saya... tak sangka pulak ada relatives kat area jagaan fds sibu.. keciknya dunia ni kan.. akhirnya jumpa juga dengan aki atong. Selama ni dengar nama jak tapi tak pernah berjumpa...dan tak pernah pun sibuk nak mencari...at last jumpa juga kan secara tak sengaja... God is great. Hopefully i can bring them to ranan and meet our family... Family gathering...
Tuesday 1 December 2015
Lego
Lego.... alahai anak punya pasal aku layan jak la... minat sangat ngan lego... tak dapat yang original yang tak original pun jadilah... hehe pic tu jumpa kat facebook... lupa pulak siapa yang post...tpi macam teringin pula nak suruh Mr Hubby buat macam ni...