Friday 26 July 2013

My adorable children...

Kehidupan sebagai seorang ibu sangat membahagiakan... Ditambah lagi dengan kehadiran puteri dan putera ku... telatah mereka berdua dapat menghilangkan segala kerisauan.. Aku amat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sangat comel... mereka adalah anugerah Tuhan yang paling berharga buat aku dan suamiku... Sesungguhnya suamiku dan anak-anakku adalah pelengkap hidupku... Mungkin adakalanya aku keletihan. Namun semuanya hilang tatkala mereka ada di sisiku... Mummy sayang mereka bertiga....

Friday 12 July 2013

Kek lapis cheese

Bahan2nya....
A.
250gm cream cheese
60gm gula halus
1 biji telur
1sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese dgn gula. Masukkan telur, air dan tepung gandum. Pukul dan gaul. Biarkan sebentar.

B.
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 tsp esen vanilla, sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu segar cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*
* bahan perlu diayak

Pukul telur / gula hingga kembang
Masukkan esen vanilla, garam.
Masukkan air panas, susu, minyak. Pastu masuk tepung, baking powder, soda, koko, gaul sebati, tapis. Bagi 2 bahagian
Panaskan kukusan dgn api sederhana. Sapu sdkt minyak pada hujung alas kertas.
Coklat 15-20 minit tutup dgn aluminium foil

Cream cheese 15-20 minit

Wednesday 10 July 2013

Resepi sambal...

Bahan-bahan
5 batang cili merah (dibuang biji)
5 batang cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
1/2 inci halia
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (agak2 dalam stgh sudu kecil)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2
1. Kisar cili merah, cili padi, bawang besar,bawang putih, ikan bilis dan halia bersama 3 sudu besar air
2. Kemudian panaskan kuali ,masukkan minyak dan tumis bahan.. gaul semua letak garam gula dan serbuk kunyit.

Friday 28 June 2013

Hobiku...

Jom kita share2 hobi... Aku ni sebenarnya banyak sangat hobi... Hihi nak tahu.. Ni list hobi2ku..
1. Mengait
2. Patchwork
3. Cross stich
4. Sulaman reben
5. Menjahit
6. Masak
7. Decor rumah
8. Tanam bunga
9. Baca novel
10. Kumpul setem
11. Kumpul tin
12. Kumpul keychain...

Ermm bole tahan juga aku...

Monday 24 June 2013

My story....

Inilah coretan kisah kehidupanku... Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana... Anak sulung dari 4 orang adik beradik... Aku adalah seorang wanita yang bekerjaya... Pekerjaan sebagai seorang jururawat memang amat mencabar... Pada awalnya aku memang kurang berminat untuk menjadi jururawat. Tapi lama kelamaan minat itu datang dengan sendirinya. Aku berkahwin pada usia yang muda ... 11 Januari 2007 adalah titik permulaan dalam kehidupanku sebagai seorang isteri kepada suamiku.. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami... Ternyata perkahwinan yang bukan atas dasar cinta adalah lebih indah...Terima kasih Tuhan... Dipendekkan cerita 3 tahun kami menanti kehadiran penyeri rumahtangga kami.Pada tanggal 6 Januari 2010,Tuhan telah mengurniakan kami dengan seorang puteri... Avvynnia Elthia menyerikan hidup kami selama 3 tahun... Pada 12 April 2013 kehadiran putera kami Avvrylon Elthian menambahkan lagi seri di rumah kami.. Sesungguhnya aku bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan kami dengan sepasang cahaya mata yang sangat comel... Mummy dan daddy pasti akan menyayangi kalian dengan sepenuh hati...