Friday 28 June 2013

Hobiku...

Jom kita share2 hobi... Aku ni sebenarnya banyak sangat hobi... Hihi nak tahu.. Ni list hobi2ku..
1. Mengait
2. Patchwork
3. Cross stich
4. Sulaman reben
5. Menjahit
6. Masak
7. Decor rumah
8. Tanam bunga
9. Baca novel
10. Kumpul setem
11. Kumpul tin
12. Kumpul keychain...

Ermm bole tahan juga aku...

Monday 24 June 2013

My story....

Inilah coretan kisah kehidupanku... Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana... Anak sulung dari 4 orang adik beradik... Aku adalah seorang wanita yang bekerjaya... Pekerjaan sebagai seorang jururawat memang amat mencabar... Pada awalnya aku memang kurang berminat untuk menjadi jururawat. Tapi lama kelamaan minat itu datang dengan sendirinya. Aku berkahwin pada usia yang muda ... 11 Januari 2007 adalah titik permulaan dalam kehidupanku sebagai seorang isteri kepada suamiku.. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami... Ternyata perkahwinan yang bukan atas dasar cinta adalah lebih indah...Terima kasih Tuhan... Dipendekkan cerita 3 tahun kami menanti kehadiran penyeri rumahtangga kami.Pada tanggal 6 Januari 2010,Tuhan telah mengurniakan kami dengan seorang puteri... Avvynnia Elthia menyerikan hidup kami selama 3 tahun... Pada 12 April 2013 kehadiran putera kami Avvrylon Elthian menambahkan lagi seri di rumah kami.. Sesungguhnya aku bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan kami dengan sepasang cahaya mata yang sangat comel... Mummy dan daddy pasti akan menyayangi kalian dengan sepenuh hati...